admin bermula dalam dunia makeup dan talent sejak 2008 dan telah mempunyai ramai kenalan dalam bidang ini.Selalu juga ada rakan bertanya cara memasuki dunia modelling.jadi ini sedikit sebanyak tips..bolehla cuba ya..
1.Anda harus memulakan tindakan di sesuatu tempat
jika anda yakin dengan diri anda, mulakan membina portfolio dahulu ya.Kenali dan cari kawan dalam bidang model dan fotografi.Jangan focus pada komersial dulu, fokuslah untuk mengambil potret yang berkualiti dan kerja keras untuknya.Latih diri kerap untuk “pose” sebaiknya di depan kamera dan dalam studio.MInta lah guide dari yang pakar, berkawan baiklah dengan model dan jurukamera ya…mungkin ada gambar anda yang menarik hati dan mereka share dalam twit,fb dan IG ,maka itupun sudah memulakan satu rentak untuk anda kan??
2.Mulakan lah berkerja dalam dunia model sebenarnya
jika sudah ada potret/foto yang menarik , mulakan rentak seterusnya dengan beranikan diri melangkah ke alam model sebenar.Portfolio anda tu, kirimkan ke agensi, ke mana-mana pihak yang boleh membekalkan info tentang “casting call” atau boleh juga anda cari sendiri designer baju. butik ke,tawarkan diri untuk memperagakan baju mereka .Ini mungkin mendapat bayaran atau kadang-kadang win-win , bergantung pada perbincangan bersama ya..jangan memilih walau butik kecil, yang penting anda dapat potret dan portfolio baru setiap masa….
Sertai kumpulan model/talent/fotografi /agensi model di FB,taip saja pasti banyak keluarnya..selalu up foto anda dan kenalkan diri..JANGAN MALU!!
3.Jangan berhenti ya..
kerja keras anda sangat diperlukan, selalu up gambar baru dalam FB,IG dan LAMAN SOSIAL- penting untuk anda selalu update portfolio baru- manalah tahu kan ada designer berminat !
bina jaringan kawan anda dalam bidang kamera,studio.makeup.fashion show/event , model dan butik ..cuba apa saja casting berkaitan dan ingatlah kerja keras anda pasti berbayar..kuncinya RAJIN JE!
NAK JADI MODEL TAKLEH MALU YA…BE BOLD AND BE CONFIDENT …semoga anda sukses.
ibubapa mesti kadang-kadang hadapi masalah anak kecil yang tidak mahu ke sekolah? meraung dan menangis di didalam kelas? buat mak-mak susah hati kan? tapi kenelah hantar anak ke sekolah juga kan? jadi ini beberapa tips ibubapa boleh amalkan ya…
1.Setkan pemikiran anak bahawa tadika/taska tempat seronok dan ramai kawan
perlu diamalkan ya, sebulan sebelum persekolahan bermula, ibu bapa perlu menceritakan keseronokan di sekolah,keadaan kelas dan ceritakan tentang kawan-kawan baru yang akan menemani anak nanti..buatkan anak rasa teruja dan memikirkan bahawa persekolahan baru adalah dunia yang menggembirakan .Percakapan seperti” kashah,bangun awal ya tahun depan nak sekolah”, “kashah,dekat sekolah seronok tau cikgu baik “, kashah , kawan ramai kat sekolah boleh main-main”.Wujudkan keadaan seronok itu dalam pemikiran anak sebulan awal atau lebih awal lebih baik.
2.Belikan alat tulis kartun/watak mereka suka
anak-anak tentulah sangat teruja jika ada satu set alat tulis Boboiboy atau Superman atau apa saja watak kesukaan mereka.Belikan beg, warna dan alatutlis watak mereka sukai pasti membantu ya…
3.Jangan ambil anak lambat pada minggu pertama
rule penting! jangan lewat ambil anak pada hari pertama-3 , ini membuatkan mereka akan rasa kecewa kerana lama menunggu di tempat yang tidak biasa,ini mungkin menjadikan mereka malas ke sekolah esoknya….
4.Lawatan di Tadika/taska
sebulan atau seawalnya, bawa anak lalu di depan sekolah, tunjukkan ” kashah,inilah sekolah kashah cantikkan??” …cakaplah perkara menyeronokkan di hadapan mereka dan buatkan mereka teruja dan tidak sabar ke sekolah nanti.
5.Sentiasa sokong emosi anak dan memberi ganjaran
adalah baik jika ibubapa selalu bertanyakan “kashah, sekolah tadi cikgu ajar apa? cikgu bagi makan apa?sedap tak? kashah main apa tadi? seronokkan sekolah?” .Tunjukkan anda selalu mengambil berat mereka dan menyanyagi mereka , ikuti perkembangan kerja sekolah mereka setiap malam .Seminggu pertama adalah tidak salah jika memberi ganjaran jika mereka ke sekolah dengan baik, belikan coklat atau aiskrim kesukaan pasti ini turut membantu .
Moga tips ini bermanfaat untuk semua …selamat mendidik anak-anak !
Semenjak filem Titanic , yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet, admin cukup suka baca tentang titanic ni.Apa sebenarnya yang terjadi pada kapal yang digelar “unsingking ship ” ni?Mungkin ramai sudah tahu kisahnya namun admin nak story jugalah…jom baca ya..
Titanic ni telah mula direkabentuk di Belfast, pada tahun 1908.Pada bulan April 1912, ia memulakan pelayarannya, jadi ia mengambil masa lebih kurang 4 tahun disiapkan.Maklumla zaman dahulu teknologi bukan canggih sangat lagi..Pada pagi yang cerah , tahun 1912, Titanic memulakan pelayaran sulong , membawa penumpang seramai 2240 orang terdiri dari pelbagai kelas penginapan.Jutawan pun ramai yang ikut pelayaran ni sebab maklumla pelayaran berprestij kan…
kisahnya, sehari sebelum ia karam, krew telah menerima banyak amaran mengenai adanya ICEBERG yang merbahaya.Namun kapten terus mengarahkan pelayaran dengan kelajuan penuh.Maka, pada pukul 11.40 malam,di laut yang sejuk itu, bahagian depan starboard merempuh satu ICEBERG yang besar.Dalam masa beberapa minit saja, air memasuki bahagian kapal setinggi 14 kaki.Bayangkan kapal penyelamat hanya ada 20 buah saja dan tidak dapat memuatkan penumpang yang ramai.Maka, bermulalah episod duka , kematian penumpang yang jatuh ke laut sejuk, disebabkan kebekuan dan kesejukan .Hanya seramai 700 lebih penumpang berjaya diselamatkan oleh Kapal Carpathia yang datang menyelamat selepas menerima SOS dari krew Titanic.Bila mengenang kembali keadaan tersebut, memang menyedihkan kan?
diceritakan bahawa semasa kejadian karam , krew persembahan “band” telah menyanyikan lagu ketuhanan untuk memberi semangat kepada semua penumpang yang panik dan mereka turut karam bersama.Terdapat juga pasangan jutawan yang tidak mahu naik ke bot dan bertekad untuk mati bersama pasangan mereka bersama.Satu kisah cinta sejati dan abadi …manakala, kapten utama kapal itu turut karam bersama dan mayatnya tidak ditemui.
sedih kan? itulah kisah Titanic … peringatan untuk kita ,ajal maut tidak mengira masa dan ketika.jadi ambillah pengajaran …sekian dahulu dari admin…..
cuba anda lihat baju yang anda pakai ?pelbagai corak dan fesyen kan?pernah tak terfikir bagaimana pakaian tercipta? siapa yang memulakannya?
admin pun suka nak research pasal ni.sebab ada anak bertanyakan pasal sejarah pakaian ni..jadi sedikit sebanyak info admin share ya..sumber dari en.gugle la..
ikut sejarah lampau, pakaian ni bermula dari pembuatan bulu binatang, kulit binatang, kulit pokok,rumput dan daun . Bayangkan manusia zaman dahulu menyalut badan dengan unsur semulajadi ini.Ia dikatakan telah dipakai sejak 100,000-500,000 ribu tahun dahulu.Pada 30ribu tahun dahulu, manusia mula menjahit menggunakan tulang dan gigi serigala,Bukti gigi ini banyak dijumpai dalam penempatan Neolitik di seluruh dunia.Kemudian barulah munculnya abad kemodenan, memulakan fasa penghasilan mesin dan sulaman serta membuat pakaian dalam industri sehingga kini. Manakala, sejarah fesyen manusia boleh dilihat di bahagian Afrika , dimana wanita disana memakai hiasan dari siput dan tetulang.
agaknya bagaimana pakaian songket dan batik boleh masuk di Tanah Melayu dan siapa yang memulakannya ya? nanti admin kaji pasal ni ya..sekian dulu, share sedikit info .Hargai pakaian anda dan pakailah pakaian menutup aurat ya .sekian.
Ramai yang mengenali durian ni.Admin pun suka sangat makan durian ni terutama makan dengan pulut dan santan manis..layan aje.Namun,mari kita selidik dari mana sebenarnya asal durian ni ye? jom baca …..
Durian ni tergolong dalam keluarga pokok seperti pokok kapas, okra dan bunga raya.Di benua Asia saja telah menemui 30 spesis durian,namun kat Malaysia ni, mungkin hanya 9 spesis yang kita makan.Seperti durian musang king, kampong dan lain-lain.Durian ni semakin popular di Eropah dan China, yelah..sebab ada peladang yang berjaya packing dan eksport ke sana dan sekarang matsalleh pun suka makan durian ni.
Durian ni bermula di benua Asia meliputi Borneo, Philiphines dan Thailand .Pada tahun 1856 durian ni telah ditemui oleh seorang pakar botani german ,Alfred Wallace dan dia mengkaji durian ni.Manakala, tahun 1884, biji benih durian telah dihantar ke England untuk dikaji, mat salleh pun suka nak kaji durian ni tau!!.Ikut sejarah, durian ni ditemui oleh orang asli benua Asia sejak abad ke 15 lagi .
Durian mengandungi kadar gula tinggi, potassium dan Vitamin C.Anda yang ada darah tinggi dan tengah sarat mengandung tu jangan makan banyak , sebab durian ni ada unsur memanaskan badan dan ia agak merbahaya .Selain tu, kadar asid amino tinggi dalam durian ni menyebabkan anda ketagih tau, sekali bukak durian sudah tak nak lari lagii…..
Admin syorkan jika anda ada tanah lapang, tanamlah durian ni sebab harga makin tinggi dan ia menguntungkan tau- nanti admin buat entry cara nak tanam dan kebun..
oklah..sekian dulu,,,admin nak cari durian lah minggu ni nak balik kampong..wassalam..
bagi ibubapa ..pasti suka melihat anak pandai menabung dan simpan duit kan? amalan yang murni dan berfaedah perlu diajar sedari anak kecik lagi..admin pun sokong sangat .Galakkan anak anda menabung dan ini caranya:
1.asuh anak dari kecil lagi
sedari umurnya setahun tu..biarkan anak belajar letakkan duit dalam tabung.Tapi mestilah dipantau ya takut anak kecil pegi telan pula..bahaya kan..tapi dengan pupukan dari kecil , pasti anak terbiasa simpan duit selalu..
2.belikan tabung warna menarik dan lutsinar
anak ni pasti suka sangat tabung berbentuk comel dan menarik.Carikan tabung bentuk binatang ke, botol ke, biarlah Nampak tabung itu menarik sekali.Dan lagi bagus jika ia lutsinar, anak-anak akan seronok melihat duit yang jatuh tu.Ini juga tarikan kepada memupuk minat si kecil..
3.jika anak ramai,pastikan setiap orang ada tabung
untuk yang ramai anak tu, belilah asing-asing tabungnya.Takut nanti berebut pula anak jika guna satu tabung sahaja kan?.Nanti bergaduh menangis pula.
4. didiklah mereka objektif menyimpan untuk kebaikan
sedari kecil,adalah baik untuk menyematkan dari minda mereka kebaikan saving untuk masa hadapan.Ibu bapa selalulah bercerita tentang manfaat menabung ni, nanti anak seronok dan pastikan anak memahami mengapa mereka perlu menabung ya..
5. ajarkan mereka berusaha untuk mendapatkan sesuatu
seringkali anak yang sudah pandai meminta akan meminta mak ayah membelikan mereka mainan atau barang kesukaan.Ibu bapa boleh mendidik anak untuk mula menyimpan wang sekolah /wang saku mereka sedikit-sedikit .Tetapkan target ,contohnya , dalam sehari anak simpan rm 1, 3 bulan sudah ada banyakkan kan? ,bantu mereka mengira duit dan capai target mereka.Selain itu, asuh mereka berniaga dan berusaha mencari duit sendiri,mungkin boleh menjual toys yang tidak digunakan lagi atau buku -buku cerita lama?
6.ajarkan mereka konsep sumbangan ibubapa /rewards
asuh anak menyimpan duit sehingga mencapai target.Jika anak sudah mencapai target, katakan bapa/ibu akan memberi reward seperti menggandakan simpanan anak.Jika anak telah menyimpan rm 100 , ibu bapa menambah lagi sebanyak 100 dan ajarkan anak membuka akaun di bank supaya mereka selalu melihat wang mereka bertambah..selain itu, ajarkan anak memiliki buku akaun /carta simpanan supaya mereka melihat duit mereka dan menggalakkan mereka terus menabung setiap masa.
menabung ni sangat baik kan? jadi apakata mulakan langkah anda … sekian..
memang lelaki ni ada sifat nakal dia kan?tak dinafikan berlaku dalam perkahwinan lelaki naik gatal ,curang berkali tapi si isteri masih sabar..suami yang begini sepatutnya menghargai isteri anda yang berusaha menyelamatkan rumahtangga anda tu..bukannya nak curang aje..( admin marah pula..hehe)
okla..entry kali ni ..admin nak share sedikit tips pada isteri yang rasa dia telah dicurangi..huhu…jangan berundur ..cuba dulu baiki apa yang boleh selagi kita terdaya ya…sebab bukan mudah nak dirikan rumahtangga tu kan? setelah berusaha dan ada anak sampai 5 orang takkan kita nak berserah je pada gadis poyo tu kan? huhu..stand up!!
isteri ..dengar ni…dan cuba buat ya..
1.jauhi sifat kaki bebel dan merungut
kurangkan lah sikap suka merungut anda , lelaki ni bosan dengarnya dan kemungkinan dia akan cari lain.Kalau ada perkara tak puas hati bawak la berbincang dengan sopan dan lemah lembut manja gitu…
2. iktiraf hak suami
suami kan ada egonya, anda dah kahwin 10 tahun takkan tidak memahami lagi sifat dan egonya? pastikan anda tak langgar egonya , sebab nanti dia rasa macam tidak dihormati dan dia berpaling kepada gadis lain..nanti awak juga nangis kat tepi katil..huhu..
3. terima seikhlasnya kelemahan suami
demi selamatkan rumahtangga, sabar dan terima dan redha dengan kelemahan suami.Mungkin suami tidak mampu memberi banyak kemewahan? janganlah demand sangat ya. Lagi satu, janganlah banyak sangat kerenah.Sama-samalah berdiskusi macam mana nak tingkatkan ekonomi rumahtangga ya…pasti ada jalannya
4. jaga makan minum
ini penting..kata orang nak tambat hati suami ni, sediakan lah makanan kegemarannya, dan bila suami balik kerja tu, siapkan diri dan pelawalah sesantunnya suami makan bersama.Janganlah bila dia balik anda selekeh, sibuk di dapur aje, lebih baik sambutlah suami dengan senyuman.Layanan dan pelukan anda pasti membuat suami rasa pelik namun perlahan-lahan dia mula menghargai anda kembali dan tidak berniat untuk curang ..
5. berkomunikasi dengan sopan dan jelas
semasa berkomunikasi bersama, pastikan anda jelas menyatakan rasa dan niat anda, tapi janganlah sampai memerli dan menyindir suami-orang lelaki ni panas hati tau kalau kene sindir-lagilah dia suka pergi mengadu pada perempuan gelap dia tu..jadi ,sopan dan berbincang dengan elok adalah terbaik..boleh kan?
6.Jangan terlalu mengawal
istilah “quenn control”ni memang cukup bahaya .Pastikan anda tidak terlalu ketat mengawal suami.Habis semua kawan dia, sms dia .telefon .emel dia anda nak akses.Pastikan si suami berasa ruang hidupnya tidak terlalu dikawal ya, sebab faham ajelah, si lelaki kan suka kebebasan dan ruang hidup.Selagi anda hormat prinsip dia,pastinya dia setia pada anda.
7. doa dan perbaiki diri
selami sebab dan punca mengapa suami anda berpaling pada wanita lain? adakah anda tidak melayan dia dengan sepenuhnya? adakah factor di bilik tidur? adakah diri anda comot dan tidak menarik perhatian lelaki lagi? perbaikilah di mana kurang, jika kita comot , maka hiaskan dan terapi diri selalu, jika kita kasar, santunilah suami sebaiknya, jika kita terlalu sibuk bekerja, selitlah pengorbanan melayan suami demi masa depan rumahtangga.,,dan di akhirnya berdoalah selalu…doa adalah senjata terbaik..
percayalah suami kita ni sayangkan kita cuma bab kenakalan tu kadang-kadang akan datang menganggu kan?terpulang pada isteri bertindak bijak dalam menawan suami anda—saya doakan anda akan bahagia selalu dan kuatkan hati melawan setiap godaan ya…tapi jika sudah tersurat jodoh tiada…apakan daya….be strong ya wahai isteri…love till Jannah.. assalam…
dalam perkahwinan, pasti ada pasang surut nya kan? diuji dengan pelbagai dugaan..itu belum masuk lagi hal orang ketiga dan lain-lain.Perkahwinan yang dibina diharapkan berkekalan sampai ke anak cucu kan? jadi…kali ni isteri semua boleh cuba tips memikat selalu hati si suami-sebab kadang-kadang usia perkahwinan terlalu lama membuatkan keadaan membosankan dan hilang romantis bukan?
apa kata cubalah tips di bawah ni…untuk menghangatkan kembali rumahtangga tu…
1.JANGAN JADI ISTERI JENIS KAKI BEBEL!
Inilah perkara atau isu paling tidak disukai suami..dapat pula isteri kaki merungut,kaki bebel,maka berasaplah hati suami selalu ..lama-lama si suami tak tahan cari lain..kan bahaya tu?
maka banyak la bersabar ya wahai isteri, jauhi sikap kuat bebel ni..siapa siapa pun tak suka orang yang kaki bebel.Jika ada isu , santuni dengan pujukan dan perbincangan..nak suami sayang tak? hehe..
2. MULIAKAN DAN PUJI SUAMI
Admin pun wanita dan isteri , jadi memahami akan tindakan memuliakan suami ni.Jika suami tidak suka anda keluar bersama kawan kerap, cubalah ikut.Mungkin ada kebaikan disitu.Untuk apa anda berkahwin dengan suami jika anda tidak menghormati nya kan? suami akan sayang sangat jika anda tunjukkan rasa hormat, pujilah suami anda di depan rakan dan keluarga anda.Ayat seperti ” abang tu baik, dia jaga saya baik sangat” jika diucap di depan mertua pasti disukai suami pun makin sayang kan?? cubalah…
3. JAGALAH KECANTIKAN DALAM DAN LUAR
ini yang payah ni, lepas 10 tahun kawin, wanita tidak lagi mahu menjaga diri.Wahai wanita, tolongla jaga kecantikan ,jaga muka rajinlah pergi ke salun jika ada duit lebih, atau rawat terapi diri selalu.Janganlah selekeh saja di depan suami ya.Diluar sana sangat ramai perempuan menggoda ,jadi apakata anda juga jadilah penggoda di rumah.Pakai pakaian wangi dan berdandanlah untuk suami sekali sekala.Janganlah malas ya…ajak suami makan malam berdua saja, cubalah mintak tolong keluarga jagakan sekejap anak jika boleh , kerana membantu mengembalikan kehangatan cinta suami juga..admin sendiri adakalanya akan pergi tengok wayang berdua saja bersama suami ..hehe..
dan ini sangat penting! laburlah untuk makan jamu atau produk memelihara yang dalaman tu ya…mintakla elok-elok pada suami wang untuk membeli produk ini ,jika suami sayang pasti dia belikan… 🙂
4. PELUK DAN BERIKAN SENYUMAN SEMANISNYA
lelaki mana tidak sukakan jika balik kerja, isteri peluk dan senyum semanisnya..hilang segala penat di pejabat …lagilah suka jika dihidang masakan kegemaran, isteri kenelah ambil tau tu….selalu berikan pelukan mesra dan sayang ,ia pasti menghangatkan suasana rumahtangga…cubalah!
5. BERIKAN MESEJ CINTA
ini pun perkara yang selalu wanita lupa. Rajinlah text /wsp suami ,berikan emoji sayang ke, ayat-ayat sayang seperti zaman berkasih dahulu.Sentiasa cuba kembalikan nostalgia , mungkin boleh snap gambar kad raya masa sebelum kahwin?tunjukkan anda sentiasa mengingati suami walaupun 15 tahun sudah bersama.Tiada salahnya untuk selalu berkata anda sayangkan dia…
6. BERDOA LAH
setelah semua usaha dilakukan, mintalah Allah permudahkan urusan kerana pada Dialah kita memohon kan? apabila masak nasi tu, atau buat gulai tu, bacalah selawat niat suami akan selalu sayang dan pelihara rumahtangga ..doa ni kan senjata umat islam? jangan pergi pada bomoh pula..itu syirik tu..
kebahagiaan abadi datang dari rasa kasih sayang dan cinta ikhlas kerana Allah SWT..maka kuatkan iman anda wahai isteri dan suami juga kenelah juga meningkatkan keimanan agar dapat membimbing isteri selalu….love till Jannah..WASSALAM.
Terima kasih terus mengikuti blog saya ini.Kali ini entry ini memberikan panduan bagaimana seorang isteri mengatasi panas baran si suaminya.Seringkali kita mendengar masalah dan rintihan isteri mempunyai suami yang cepat marah, panas baran kan? emosi baran ini sebenarnya sangat merbahaya apatah lagi ia ditegah dalam Islam sendiri.Admin ada membaca kes dimana isteri dipukul, disepak terajang sehingga membawa masalah emosi dan fizikal kepada isteri…..
untuk makluman,bagi isteri yang dizalimi,janganlah dibiarkan diri anda terus diseksa, jalan terbaik adalah laporkan pada pihak polis, maklumkan pada ahli keluarga dan segera dapatkan bukti dari pemeriksaan doctor dan boleh juga hubungi talian KASIH di 15999- talian ini adalah dibawah kementerian wanita Malaysia , ia akan memberi bantuan pada masalah keganasan domestic dan penderaan kanak-kanak ..
jadi sedikit tips dari admin:
1.GUNA AYAT LEMAH LEMBUT
jika mempunyai suami jenis cepat baran , apabila si dia pulang kerja, jangan membebel terus ya, biarkan suami berehat dulu, cool dan tenang , kemudian barulah isteri menanyakan atau mengadu hal sesuatu.Jangan mulakan perbualan dalam keadaan suami letih baru balik kerja, maka itu adalah tidak disarankan..biarkan orang baran ni relax dulu ,Jangan berbincang jika suami sedang tertekan, penat , sibuk atau lapar .Kemudian dekati suami dengan lembut, kata-kata pujukan dan biarkan keadaan tenang ya.
2.ISTERI KENE POSITIF
ada masanya suami marah , isteri kene bersabar dan jangan melenting membalas dengan kata-kata yang menyakitkan.Disini ,amat penting isteri menunjukkan bahawa isteri memahami masalah dan cuba membantu mencari penyelesaian.Api jangan dicurah lagi minyak ya, takut makin teruk pula situasi.Tips terbaik, sentuh suami perlahan dan pujuk nya .
3. LUANGKAN MASA ROMANTIK BERSAMA
pujuk lah suami untuk bersama-sama melakukan aktiviti di luar, makan malam dan rapatkan hubungan , supaya anda dan suami saling memahami.Sifat baran ni sememangnya makan masa untuk berubah, mungkin ia memerlukan masa dan tindakan tertentu namun adakalanya suami perlu diberi peluang , janganlah terus menuntut cerai kerana tidak sabar.Namun, jika suami memang jenis kaki pukul sehingga mencederakan anda, maka perlulah tindakan drastik ya.
4. ISTERI JANGAN CEPAT MERAJUK
penting jika anda mempunyai suami jenis hot temper ni, isteri janganlah cepat merajuk ya.Sebab suami panas baran ni lagi tak suka isteri jenis manja sangat dan cepat emo.Sama-sama emo maka berbahaya ya.Maka, isteri banyaklah bersabar dan tunjukkan diri adalah kuat .Dalam berumahtangga kenelah banyak bersabar .
5.BANYAK BERDOA DAN AMALKAN SELAWAT
langkah terbaik selalulah memohon doa didalam solat untuk suami menjadi lebih mesra dan tidak panas baran.Perbanyakkan istigfar kerana di dalam surah Hud ,ayat 3 “Allah menjanjikan kebahagiaan bagi hambanya yang selalu bertaubat dan memohon kepadanya”.
Sebagai satu alternatif, amalkanlah bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya).” (3:200)).
Satu lagi amalan baik untuk perlindungan , bacalah“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim.”
Maksudnya:
“Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) ”
Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu’ 3, hal. 132, bil. 5088]. (sumber blog muhdhazrie).
Demikian sharing kali ini, diharap bermanfaat untuk semua.. terima kasih.
hai semua wanita cantik dan manis…sekarang ni terdapat sangat banyak produk pencerah di pasaran kan? tapi kene berhati -hati ya sebab takut juga ada produk yang mengandungi bahan beracun,nanti lagi teruk muka tu kan? admin sebagai wanita cukup suka pakai barang dan bahan semulajadi untuk mencerah dan menghalus kulit ni..jadi disini admin suka nak share beberap petua mudah sangat – bahan nak pakai pun ambil di dapur saja …tapi kesannya bagus tau…cubalah
1.parut kan santan…santan ni adalah pelembab semulajadi terbaik..jadi hampas tu campur sikit dengan lemon dan buat scrub di muka- amal 3 kali seminggu ke..pasti halus kulit tu..selain itu,boleh juga buat mask dari putih telor ,pakai 30 minit dan bilas dengan air suam.
2. kedua-hiris parut kentang- perah dapatkan airnya dan sapu -biarkan di wajah dalam 20 minit dan bilas dengan air suam
3. ambil 5 kuntum Bunga cempaka dan 5 kuntum Bunga melor- atau boleh juga bunga mawar,rajinla tanam Bunga ya depan rumah sebab bunga ni bawa aura manis kat tuan dia tauu- yelah kan Bunga ni siapa tak suka tengok kan?? ramas bunga tu dan campur dengan bedak sejuk -pakai kat muka setiap hari pun ok..anda akan lihat kulit muka berseri cerah jeee-suami pandang pun tergoda aja..kan?
4. tips seterusnya- admin pun baru tau sebab ada makcik Indonesia kongsikan- amalan pakai ubi kayu- ya….ubi kayu tu mencerahkan tau… kisar dan buat scrub muka selalu pakai sebelum tidur.. tengok nanti kesan dia macam mana…
5.tips satu lagi admin dapat adalah campurkan tepung sagu dengan bedak sejukdan air-tempek kat muka tu ..amalkan selalu untuk serikan haluskan wajah..
mudah dan sangat murah kan??
cubalah di rumah selalu- mana yang suka berkebun tu lepas ni tanam ubi dan bunga bunga ya.. :)..selain itu-admin suka guna mask muka NEEM dari produk Himalaya- halus je muka rasa – okeylah-wanita sekalian jangan malas ya nak amal petua , nak cantik untuk diri kan? untuk keyakinan dan untuk si dia yang tersayang..SIAPALAH TAK NAK CANTIK KAN?? JADI?? amalkan ya…
ADMIN ADA JUAL GOJI BERRY TAU- GOJI BERRY NI SANGAT BAGUS UNTUK NAIKKAN SERI WAJAH DAN AWET MUDA .BOLEHLA HUBUNGI ADMIN DI 011-16930576..terima kasih semua..