CARA MEMBAWA DIRI DALAM MAJLIS DAN MEMBERI UCAPAN BERKARISMA

 

anda mungkin  seorang yang kaku? tidak pandai berucap atau tidak pandai sangat ber social? anda mungkin kategori manusia introvert – difahami sebagai pemalu ,tidak pandai bergaul dan diam orangnya… betulke?

adakah betul itu diri anda? kadang-kadang orang introvert ni bukanlah pemalu sangat tapi lebih kepada dia takut jika mula bercakap,orang tak nak dengar,dimalukan dan sebagainya..sebenarnya mereka ni nak je bergaul mesra kan??

jadi..apa kata cuba tips ini..

1. terima diri sebagai jenis pemalu tapi dalam masa sama perbaiki komunikasi

ada manusia memang dilahirkan jenis pemalu dan introvert- ia kadang-kadang factor genetic dan cara dibesarkan.jadi meningkatkan kemahiran bergaul ni bukanlah hal mudah- admin faham tu– jadi perlahan-lahan -cuba perbaiki -dalam sesebuah majlis, cubalah memulakan perbualan dengan bertanya khabar, perkenalkan diri secara mudah dan bercakap tentang topic mudah seperti hal majlis tersebut , hal makanan yang sedap atau  hal pakaian ke majlis yang cantik atau smart, pasti perbualan akan menjadi rancak – jangan bercakap perkara serius seperti hal politik yang mendalam atau hal kebencian kaum ke– itu mengundang masalah pula kan…

2. berhentilah berkata  negative pada diri

seringkali bila kita berbual dalam majlis -kita akan terfikir patut ke berkata begitu?? “tidak. perkara ni tak bagus untuk berbual”atau “mereka akan benci bila saya berkata begitu”.Kadang-kadang kita sendiri yang menghalang komunikasi tersebut bukan? jadi, jadilah diri sendiri dan berasa senang dengan setiap perbualan dan jangan takut berkata tentang diri sendiri ,mungkin orang lain suka mendengar tentang minat anda yang suka memancing ke, suka travel ke, suka photografi ke, jadi mulakan perbualan dengan  hal yang anda senangi:)

3. wajib mula berlatih berucap dan berkata

berucap ni perlukan latihan juga , ia skills yang diasah , jadi, mulakan di tempat kerja , berbuallah dengan rakan sekerja , dengan client anda, atau majikan anda.Janganlah malu Kemudian perlahan-lahan , apabila berada di café, tegurlah pelayan café atau mulakan perbualan mesra dengan seseorang yang anda duduk di dalam LRT atau restoran, anda akan seronok nanti  🙂

4. simple rule-  kenalkan diri dan 3 story

secara mudah…banyak “presenter “dunia memberi tips   mudah bila nak mulakan ucapan di sesebuah majlis

pertama- prinsip kenalkan diri dengan mesra -kenalkan nama panggilan dan asal dan nyatakan mengapa anda berada dis itu….

kedua- ceritakan hanya 3 kisah menarik..mungkin tentang kebaikan majlis itu, matlamat topic ucapan anda dan tutup ucapan dengan perasaan gembiraDAN KISAH CERITA INSPIRASI  dan passion -jika anda dilihat sangat teruja,maka penonton pun akan teruja ..

JADI..siapkan diri untuk  berucap melalui 3 story sahaja ya..penonton tak suka ucapan terlalu panjang dan membosankan…

untuk lebih info dan tips bagaimana menjadi “presenter ” berkarisma.JANGAN LAMBAT UNTUK DAPATKAN BUKU BERTAJUK

” ANDA SEMEMANGNYA HEBAT”

photo of wireless microphones on top of the table
Photo by Skitterphoto on Pexels.com

   hubungi admin untuk info ya- buku ini dijual kini -predorder dulu ya..  🙂

cara cari kerja di arab Saudi untuk jururawat/nurse

salam semua pembaca…hari ni admin nak share tips untuk para kakak abang jururawat yang teringin nak bekerja di arab Saudi atau Dubai…sekarang ni trend Malaysia ramai nurse yang kerja di arab kerana bayaran sana memang mahal..nurse di arab dibayar sekitar rm 7-12 k dan ada contract biasanya per year… .bolehla buat income  lebih kan?

 

admin bertanya pada kawan-kawan sendiri sebab ada juga rakan nurse ni..jadi inilah sedikit tips..

 

1.RUJUK PADA SENIOR STAFF –

contoh di KPJ ..mereka memang selalu update peluang untuk bekerja di arab ni-soo cepat-cepat la aplly ya..

2. TERUS HUBUNGI AGENSI

ada rakan admin cadangkan apply di STARMAG agensi- anda gugle ya.Selain dari itu.boleh juga hubungi agensi Melorita, agensi Firestar dan ATG (Across The Glob) juga ada membuat pengambilan jururawat ke Arab Saudi. Rajin-rajinlah jenguk ke page mereka.

pastikan persediaan anda secukupnya ,,mental dan fizikal kene strong sebab kawan admin bagitau kerja di arab ni ..3 bulan pertama memang la stress nak  hadapi kerenah dan pertukaran budaya dan komunikasi-tapi anda boleh gun aje Bahasa English dan belajar cakap arab la ya…pengankutan dan penginapan biasanya majikan sediakan…jadi pastikan anda belanja la elok -elok duit gaji ya.. untuk yang ada suami/isteri adalah digalakkan for 1st year tu- datangla sendiri dulu..sebab kos hidup sana tinggi juga…

 

so..kepada nurse lelaki atau perempuan bolehhla cuba aply ya …tapi pastikan kontrak kerajaan anda dengan gov.malaysia tiada masalah…atau anda boleh ambil unpaid leave…ada juga yang syorkan begituuu… rajin la bertanya pada senior .. admin juga teringin nak ke arab- suami ada bincang nak keje di Dubai tak lama  lagi..InsyaAllah dengan izin Allah admin juga nak berhijrah – berhijrah mendekati Allah ..wassalam..

cara nak cari kerja OIL AND GAS

tajuk ni memang selalu  admin baca dalam banyak blog..admin ada ramai kawan juga keje kat oil gas -tidak kira admin sehingga ke kerja offshore- jadi selalu juga dengar kisah mereka ni..ramai yang minat kan keje oil gas ni? jadi admin share sikit tips nak cari keje bahagian tuu..maybe bole rujuk banyak lagi blog lain..ini sekadar info umum:

 

1.KENALI SYARIKAT YANG BERKAITAN-VENDOR DAN BUAT NETWORK

mana-mana kerja pun kenelah buat kajian kan? banyak sebenarnya syarikat oil gas ni selain SHELL atau PETRONAS – BANYAK LAGI DILUAR SANA YANG ANDA BOLEH GUGLE .TAIP SAJA SENARAI SYARIKAT PETROLEUM MALAYSIA atau SENARAI SYARIKAT OIL GAS MALAYSIA-nanti berlambaklah keluarnya…

cuba call dan hantar resume anda-kenelah rajin ya…

 

2. CARI DI FACEBOOK-satu cara mudah cari je group berkaitan offshore atau jawatan kosong oil and gas kat facebook-banyak la ada di facebook cuba cari..dan apply la cepat.

 

3.MASUK FORUM PERBINCANGAN DAN BUAT NETWORK ANDA

ada banyak forum discuss tentang oil gas dan kerja offshore..kawan admin cadangkan offshoreman.com.  TENGOK DAN JOIN LA FORUM TU-mana tau kan ade peluang nak masuk.rajin-rajin la bertanya yer..

mungkin anda boleh cari di  http://www.kerjaoffshore.com dan banyak lagi website yang muncul di internet.

APA YANG PENTING-CALL DIRECT JE HQ SYARIKAT TU DAN HANTAR RESUME -KALAU ADA KABEL LAGI SENANG KAN…okla itu tips mudah dan simple dari admin oh dunia..SEMOGA ANDA BERJAYA DALAM KERJAYA ANDA YA!

view of factory against blue sky
Photo by Pixabay on Pexels.com

CARA MENCARI DAN MENINGKATKAN AURA DIRI ANDA MENJADI LEBIH BERKARISMA DAN BERJAYA

Apa itu Aura?

Aura manusia adalah medan tenaga berbentuk telur bulat yang mengelilingi setiap makhluk hidup, dan ia berubah dalam saiz dan warna, bergantung kepada beberapa faktor.

Sebagai contoh, ia mengembang dan memunculkan getaran positif apabila kita secara sihat, emosi, mental, dan rohani sihat, tetapi cenderung untuk menjadi warna dan kontrak yang membosankan apabila kita berasa tertekan, sakit, atau gila.

 

Aura kita adalah pantulan dari “diri sejati” kita, dan tidak ada dalih yang berpura-pura dapat mengubahnya. Mempunyai almari pakaian baru, membeli pakaian yang mahal, mendapatkan wajah yang baru, atau memakai make up boleh mengubah fizikal kita, tetapi ia tidak akan mengubah siapa kita sebenarnya. Ia tidak akan dan ia tidak boleh mengubah aura kita – yang memancarkan siapa kita.

Jadi, pertama, kita perlu meneliti apa yang dipamerkan oleh aura kita. Bayangkan diri kita berjalan ke bilik ceramah , dan berfikir tentang apa yang kita fikir aura kita memberitahu orang lain tentang kita. Perhatikan apa kesan kehadiran kita semasa kita duduk di restoran, atau ketika kita berjalan di taman. Bagaimana perasaan atau reaksi orang di hadapan kita

JADI..BAGAIMANA MEMUPUK AURA SEBAIKNYA ??

PRINSIP 1-JAGA KESIHATAN BADAN  – pastikan kita meminum dan makanan yang sihat, kita mempunyai pengambilan cecair yang mencukupi, kita mendapat latihan yang cukup, dan kita mempunyai cukup tidur dan berehat. Ini juga termasuk keperluan untuk mempunyai masa untuk bersosial.

 

PRINSIP 2 -PERHATIKAN PEMIKIRAN DAN REHAT
Fikiran kita terbuat dari tenaga, dan alam semesta memberi respons kepada mereka. Berdasarkan undang-undang tarikan, kita menarik apa yang kita fikirkan, sama ada kita suka atau tidak. Oleh itu, pastikan kita mengambil beberapa minit setiap hari untuk berehat minda dan bermeditasi.

 

PRINSIP 3 – VISUALISASI PEMIKIRAN-  Visualisasikan apa yang kita mahu! Sebagai contoh, jika kita mencari seorang pelabur yang akan melabur sebanyak 200k dalam perniagaan kita, beri gambaran jenis orang yang kita inginkan! Kita mesti memvisualisasikannya, mempercayainya, dan menuntutnya. Membuatnya nyata dan ketara dalam fikiran kita dan gambar diri kita telah bertemu dengan jenis orang yang kita bayangkan! Itulah visual terbaik.

 

BANYAK LAGI PRINSIP UNTUK MEMUPUK AURA ADMIN KONGSIKAN TAPI KENELAH DAPATKAN BUKU DULU YA-  DIALUKAN UNTUK MENGHUBUNGI ADMIN BAGI MENGETAHUI INFO TENTANG BUKU  BERTAJUK  : ANDA SEMEMANGNYA HEBAT -!! DIKONGSIKAN SEMUA TIPS DAN RAHSIA BAGAIMANA MILLIONAIRE MEMBUAT KEJAYAAN MEREKA DI SELURUH DUNIA…INGIN TAHU?? ORDER SEKARANG !!

 

ANDA SEMEMANGNYA HEBAT SATU BUKU MOTIVASI DAN INSPIRASI DARI ADMIN SENDIRI YANG TELAH LAMA MENYIASAT BAGAIMANA JUTAWAN BERJAYA MEMBINA IMPIAN MEREKA ….DAPATKAN YA…  )  – WSP 011-16930576 (PREORDER)

accomplishment action adult adventure
Photo by Pixabay on Pexels.com

CARA MENGURANGKAN BAU PELUH /BADAN UNTUK JEJAKA

selalu rimas atau risau kan takut bila dating nanti ada bau badan tak sedap? mungkin anda jejaka yang sangat aktif kerap berpeluh menyebabkan bau badan tidak sedap?? masalah sebegini memang merisaukan terutama untuk urusan perniagaan atau temujanji kan…. jadi tips ini admin kongsikan manalah tau berkesan ..cubalah..

 

selalunya bau badan ni disebabkan peluh dan bakteria dan masalah hormon.jadi..

 

1.mandi lebih kerap  3 -4 kali sehari

mungkin anda ni jenis malas mandi..maka disarankan kerap mandi untuk menghilangkan bau badan itu ya…carilah sabun yang ada bahan antibakteria  untuk kurangkan masalah bau peluh badan..

 

2. pakai deodoran

ini memang perkara utama ya.. pakai doedoran selalu untuk mengelakkan bau ketiak dan bau tidak sedap itu..pilih doedoran yang terbaik di farmasi ada dijual ..

 

3. kurangkan makanan  sumber yang menyebabkan bau badan

kena kenalpasti apakah makanan yang menyebabkan bau badan kuat .Ini termasuklah pengambilan bawang merah, bawang putih, kari dan rempah ratus tertentu yang menyebabkan bau ketiak menjadi kuat dan bau peluh semacam..maka kurangkan atau hindari terus … sebaliknya ambil lah buah yang bagus untuk mengurangkan bakteria dan bau seperti jambu batu, betik , lemon dan epal…amalkan masak makanan dengan cuka epal kerana ia mampu mengurangkan bau badan juga….

 

4.kurangkan daging merah

untuk anda jejaka yang ingin menjaga  bau badan ni…kurangkan makan daging merah ..kerana kandungan daging ini sukar diproses oleh usus..menyebabkan ia lama di dalam usus sekaligus menjadi racun yang menyebabkan bau ..maka kurangkan pengambilan daging merah ya..amalkan makan ikan selalu..

 

5. kurangkan rokok dan tembakau

taukah anda? tembakau ni menyebabkan peluh anda berbau kuat? tiga hari pun masih tidak hilang bau..maka kurangkanlah pengambilan rokok ya jika anda memang jenis badan berbau… dan kafein juga perlu dikurangkan kerana ia turut menyebabkan bau badan yang kuat bagi sesetengah orang..

 

macam mana?  sudah faham? ini tips untuk menghilangkan bau -anda boleh amalkan di rumah..

 

  1. gosok ketiak dengan campuran lemon dan kapur-amalan orang tua, campurkan perahan limau lemon dan pekatkan dengan kapur dan gosoklah di tempat berbau setiap kali mandi.
  2. minum air rebusan sireh- air sireh membantu merawat badan dan mewangikan badan

 

maka,,diharapkan anda mendapat manfaat dari sharing ini.. SEMOGA ANDA BERBAU WANGI SELALU!!

woman holding pink rose flower closeup photography
Photo by Nicholas Githiri on Pexels.com

 

CARA BERNIAGA SUKSES SEPERTI DATO VIDA

salam sejahtera dan terimakasih kepada semua yang masih sudi mengunjungi blog ini…kali ini..admin suka nak share tentang kejayaan dari seorang tokoh usawahan jutawan ini.iaitu Dato seri Vida…siapa yang tidak mengenali beliau bukan?seorang jutawan dengan asset berjuta dan terkenal dengan gelaran QU PUTEH QU PUTEHnya…

walau beronak duri dilalui..beliau tetap teguh merencana perjalanan hidupnya sehingga cukup terkenal di Malaysia ini…

mungkin ada sedikit tips untuk kite pelajari dari beliau dan di sini dikongsikan sedikit:

amalan beliau adalah sentiasa istiqamah:

 

  1. solat hajat banyak kali setiap hari memohon doa dimudahkan kerjaya dan perjalanan rezki dan hidup
  2.  solat dhuha berterusan dan tanpa jemu..
  3. sentiasa selawat dan berzikir
  4. tidak lokek dengan sedekah
  5. mengamalkan ketekunan dan konsep tiada apa  yang mustahil dicapai dengan membuang segala kisah lalu dan terus menggerakkan langkah sekuatnya.. 

    admin   suka untuk share satu lagi tips ..dalam perniagaan tidak ada satu jalan ..ia hanyalah jalan anda sendiri…anda tentukan..listen to your gut and do it on your own way seperti Dato Vida…SEMOGA NIAT ANDA UNTUK MENJADI USAHAWAN AKAN BERJAYA.. ALL THE BEST..  🙂

    dollar-currency-money-us-dollar-47344.jpeg
    Photo by Pixabay on Pexels.com

CARA MEMILIH HADIAH TERBAIK UNTUK GIRLFREN;KHAS UNTUK LELAKI

adult blur bouquet boy
Photo by Pixabay on Pexels.com

hai semua..kali ni admin suka nak share tips membeli hadiah terbaik khas untuk para jejaka di luar sana….kadang-kadang tak tau kan nak beli apa untuk si tercinta?? memilih hadiah untuk girlfren ni mudah je…pastikan anda fahami perkara berikut ya…

kenalpasti dua soalan berikut :

  1. apakah aktiviti disukai si girlfren  dan yang selalu si dia habiskan masanya?
  2. apakah hobi dia ? yang paling dia sukai?

 

sudah tahu jawapannya?maka mudahlah  anda hendak memilih hadiah untuk si teman wanita .. contohnya – girlfren anda suka  mengikuti kelas Zumba atau yoga..maka hadiahkanlah yoga mat yang comei comei atau mungkin  cd player lagu best untuk si dia dengar ketika bersenam..mudah kan?

 

atau si girlfren anda suka kan makeup? maka hadiahkanlah si dia  set eyshadow terbaru dalam pasaran ke..atau set skincare ke..kadang-kadang anda lelaki kenelah ambil tahu produk  wanita ni..apa salahnya kan? untuk  gembirakan hati si dia juga dan menambahkan kebahagiaan dalam hubungan..moga niat anda untuk melamar si dia akan termakbul nanti. jadi?? kenal pasti kesukaan si wanita melalui hobinya atau minat nya… simple kan??

 

SELAMATMENUJU KE GERBANG PERKAHWINAN YA UNTUK  JEJAKA SEMUA..

 

 

cara nak boss sukakan kita? ini cara mudah dan berkesan!!

dalam hidup dan kerjaya ni..melainkan jika anda bernasib baik berusaha untuk diri sendiri, kita semua pastinya  mempunyai boss yang kita perlu ikuti arahan dan memastikan kita  mempunyai hubungan yang baik. Berikut adalah apa yang anda perlu ingat dalam fikiran apabila ingin membina hubungan terbaik dengan boss… bukan hanya cara nak kipas yaa… banyak cara lain…baca ni…

 

 

  1.   meningkatkan  tahap anda disukai  di tempat kerja

Sekarang kita sedang membayangkan anda mungkin bukanlah pekerja disukai di opis kan??? — anda baik lelaki/perempuan,  tidak semua orang di pejabat mungkin menyukai anda. Tetapi anda boleh menggunakan sedikit helah untuk membuat diri anda lebih likable kepada mereka di sekeliling anda, termasuk bos anda.

Ini bermakna mengelakkan  bahasa  badan yang negatif, memilih strategi  pertempuran termasuk  mencipta gaya berpakaian anda..,,,   Ini tidak bermakna anda perlu  menjadi sangat ikonik — hanya perlu diingat bahawa anda ingin berikan  isyarat tubuh  yang lebih positif daripada orang-orang yang negative dan factor pakaian sebagai fesyen juga mempengaruhi orang lain  melihat anda..kan??

 

2.    buatkan diri lebih berbakat berbanding pekerja lain..

 

mudah saja…banyakkan latihan dan cari ilmu selalu..naikkan tahap skills anda ke tahap dimana anda diperlukan dalam sesebuah projek..maknanya pastikan andalah yang ada expertise tuu…so boss anda tidak akan cari staff lain dan selalu mengharapkan anda …cari kelebihan anda tu… ..jadi yang akan selalu mendapat promosi pastilah anda juga kan?? simple rule….

 

3. pastikan anda tahu keutamaan boss anda tu

bila boss nakkan projek siap..berikan keutamaan pada keutamaan boss tersebut..faham ke?  ia disebut “priority”.. pastikan anda tahu apa keutamaan majikan anda.. fokuslah pada mencapai misi itu..jangan dibiarkan masalah personal menganggu anda dan cubalah mengatasi semua halangan dan sentiasa update dengan boss tentang  tindakan terkini agar boss selalu maklum akan maklumat semasa..jangan diamm je kat meja tu…simple kan?

 

4.   update maklumat selalu- jadi visible depan boss

ini lah masalah pekerja selalu nak diam…ada masalah diam..jadi..sebelum boss anda tahu masalah anda..lebih baik anda selesaikan dahulu jangan sampai boss masuk campur.. masalah nanti…pastikan semua projek diupdate pada boss …pastikan anda  dilihat membuat kerja dan bukan curi-curi tulang ya..hehe.

 

5.   dapatkan  rasa hormat atau “command respect”

 

untuk dapatkan perhatian boss- respect boss anda selalu- jangan libatkan diri dalam politik opis, gossip, penipuan , dan focus pada pencapaian kerja sebaiknya….respect lah pada pekerja lain dan tunjukkan anda sukakan pekerjaan anda tu….

 

 

CARA KURANGKAN ANAK MENGAMUK KETIKA DI KEDAI MAKAN /MALL

sebagai ibu ..memang penat kan jika perlu membawa anak kecil ke kedai..tapi kadangkala memang teringin nak bawa anak tapi bila memikirkan stress terkejar dan nak cepat . kadang-kadang menyebabkan mak mak tak nak lama membeli kan? ok..disini admin nak share beberapa tips ..bawak anak ke kedai ni kene bersabar banyak..namun ada tips nya..jom baca:

 

  1. mak /ayah kene totally strong mental ..

bunyi macam menakutkan kan?? hehe.. sebenarnya seronok bawa anak kecil…namun..siapkan diri dengan mentak yg akan bersedia menerima apa saja keadaan situasi yang pelbagai… tantrum anak ni tak boleh jang..jika dia mula mengamuk maka bersedialah ..

 

 

2.  sediakan list dan ikut masa

selalunya..jika nak bawa anak kecil ke mall- bawalah waktu pagi mungkin sekitar 10-12 sahaj..jangan lama ya di mall…sebab lama-lama budak akan bosan dan dia akanmula mengamuk …ikuti list barang yang hendak dibeli ..

 

3.  sediakan anak supaya kenyang dan cukup rehat.

suka admin nasihatkan…siapkan anak cukup tidurnya..bagi makan siap..susu..so nanti dia akan kurang meragam dan mak mak selesa nak beli barang kan?pastikan anak cukup tidur dan bagi makan sekenyangnya sebelum dibawa keluar.dan tukar siap pampers dan apa yang perlu ya… Tanya anak jika dia ingin membuang air besar/kecil siap -siap di rumah…

 

4.  galakkan mereka bantu ketika membeli

bagi anak yang berumur 3-7 tahun mungkin sudah pandai membeli kan?galakkan mereka mengikuti kite memilih barangan- tanyakan warna barang yang ingin mereka beli atau minta anak carikan barang yang hendak dibeli-libatkan mereka semasa membeli dan mereka pun akan seronok bersama kita..

 

5.  bawa buku pensil color atau toys kesukaan

ini juga membantu mak mak menarik perhatian anak-anak supaya leka melukis dengan “toys” mereka dan mak  mak boleh memilih barang dengan tenang…anak-anak boleh diajar untuk focus kepada kerja mereka sementara ibubapa mencari barang.

 

6. please! jangan drag masa!

bagi mak mak harus bersabar dan tidak membeli sesuka hati tanpa melihat masa-harus tidak leka dan mengikut target masa yang diinginkan supaya anak -anak tidak terlalu lama di dalam kedai yang mana mungkin menganggu pelanggan lain bukan? jika anak mula menunjukkan tantrum-maka dinasihatkan segera membayar dan pulang..

 

demikian  sedikit tips dari admin..jika anda ada tambahan tips bolehla komen ya…selamat SHOPPING YA SEMUA!

CARA MENGELUARKAN ASB

hai pembaca semua..tolong update ya… sekarang semakan ASB boleh dilakukan secara online ya dan tidak lagi pakai buku … Amanah Saham Berhad ( ASB ) tidak lagi menggunakan buku akaun untuk pelaburan tambahan, keluarkan duit dari ASB atau kemaskini, kene tau tu…

maka… buku anda untuk pelaburan ASB  tak boleh lagi  digunakan untuk cetakan rekod transaksi dan baki pelaburan ASB terkini untuk disemak sebaliknya kalau anda pergi mana – mana cawangan atau ejen ASB terdekat, mereka hanya bagi anda penyata dan laporan  melalui elektronik saja…

apa yang  perlu? bawa IC sahaja..dan pastikan telefon anda ok untuk no TAC nanti…anda bolehla ke pusat asb terdekat untuk maklumat lanjut ya…

dan satu lagi….pastikan anda dah reg untuk online ASB dan dapatkan no 12 digit ahli anda..lepas tu boleh dah akses online bila masa saja…. ingat..jangan hilang IC TAU…sekian..